Posts
Catatan Mengenai Aktiviti dan Pembelajaran untuk Kelas MTE3012
- Get link
- X
- Other Apps
Komponen Komputer dan Etika Komputer Dalam topik ini, saya telah mempelajari pelbagai perkara tentang cara komputer berfungsi, cara komponen komputer berkomunikasi antara satu sama lain, dan juga etika penggunaan komputer. Lembaran Kerja : Microsoft Excel Dalam topik ini, saya telah belajar menggunakan Microsoft Excel iaitu perisian dari syarikat Microsoft yang digunakan untuk memproses data. Tugasan yang diberi termasuklah menguruskan data pelajar sekolah, dimana kami dikehendaki untuk mengisi dan mengurus maklumat pelajar berdasarkan markah perperiksaan. Persembahan: Microsoft Power Point Dalam topik ini, saya telah belajar cara menghasilkan slaid menggunakan Microsoft Powerpoint iaitu perisian dari syarikat Microsoft yang digunakan untuk menghasilkan slaid untuk persembahan maklumat secara efektif. Tugasan yang diberi adalah menghasilkan slaid maklumat tentang pandemik virus COVID-19 dan mengintegrasikan kuiz ke dalam slaid. Kami juga belajar cara untuk menghasilkan slaid ...
Pengalaman Semasa Dalam Tempoh PKP dalam Mengahadapi COVID-19
- Get link
- X
- Other Apps
Saya seorang yang agak introvert, namun pengalaman saya ketika PKP ini agak membosankan walaupun kita diperlukan untuk kuarantin di dalam rumah masing-masing dan mengamalkan penjarakkan sosial. Namun, ketika PKP saya telah mempelajari pelbagai perkara melalui pembelajaran kendiri. Oleh kerana agak susah untuk mendapatkan makanan dari kedai makan, saya cuba untuk memasak sendiri di dalam rumah. Oleh kerana bahan-bahan susah untuk didapati, saya cuba memasak dengan bahan-bahan yang sedia didapati mengikut kreativiti. Ketika PKP, banyak aktiviti pembelajaran saya agak terganggu. Oleh kerana kurang biasa bersosial melalui panggilan video atas talian, kelas di atas talian agak mencabar bagi saya. Namun, terdapat juga kemajuan dalam aktiviti dan pembelajaran untuk kelas MTE3012 ketika PKP. Selain itu, saya juga membantu ibu dan adik saya dalam perniagaan pembuatan kuih. Ibu saya membuat kuih tradisional untuk dijual di kedai makan sekitar pekan Kuala Krai setiap hari. Ibu saya perlu membua...