Pengalaman Semasa Dalam Tempoh PKP dalam Mengahadapi COVID-19
Saya seorang yang agak introvert, namun pengalaman saya ketika PKP ini agak membosankan walaupun kita diperlukan untuk kuarantin di dalam rumah masing-masing dan mengamalkan penjarakkan sosial.
Namun, ketika PKP saya telah mempelajari pelbagai perkara melalui pembelajaran kendiri. Oleh kerana agak susah untuk mendapatkan makanan dari kedai makan, saya cuba untuk memasak sendiri di dalam rumah. Oleh kerana bahan-bahan susah untuk didapati, saya cuba memasak dengan bahan-bahan yang sedia didapati mengikut kreativiti.

Ketika PKP, banyak aktiviti pembelajaran saya agak terganggu. Oleh kerana kurang biasa bersosial melalui panggilan video atas talian, kelas di atas talian agak mencabar bagi saya. Namun, terdapat juga kemajuan dalam aktiviti dan pembelajaran untuk kelas MTE3012 ketika PKP.
Selain itu, saya juga membantu ibu dan adik saya dalam perniagaan pembuatan kuih. Ibu saya membuat kuih tradisional untuk dijual di kedai makan sekitar pekan Kuala Krai setiap hari. Ibu saya perlu membuat kuih pada malam sebelum, dan menyediakan dan membungkus kuih pada waktu subuh hari penjualan. Adik saya pula menjual cream puff yang dibuat mengikut tempahan. Saya kadangkala membantu ibu saya membungkus kuih pada waktu subuh, dan selalunya menjadi pemandu untuk tugas penghantaran cream puff adik saya.
Selain itu, saya juga membantu mak saudara saya di kedai makannya dengan menjalankan tugas asas seperti mengemas meja makan, menghidangkan minuman, dan juga menambah nasi untuk pelanggan.
Comments
Post a Comment